MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Perak

Inspektor, Koperal disyaki minta rasuah

Inspektor polis dan seorang Koperal direman selama dua hari di Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana dipercayai terbabit dalam kes rasuah.

Perintah reman ke atas mereka yang berusia 30-an sehingga Jumaat ini dikeluarkan oleh Majistret Nurul Asyifa Redzuan.

Reman bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas mereka mengikut Seksyen 17(a) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak berkata, kedua-dua mereka ditahan di Cameron Highlands malam tadi, kerana disyaki meminta rasuah sebanyak RM4,000 daripada ahli perniagaan supaya urusan perniagaan ahli perniagaan berkenaan tidak diganggu.

Katanya, pihaknya kini menjalankan siasatan lanjut kes berkenaan.

 

Sumber:mymetro