MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Perak

Nombor plat AKU 8055 tarik bidaan tertinggi

Nombor pendaftaran kenderaan AKU 8055 yang mempunyai sebutan AKU BOSS mendapat permintaan tertinggi apabila bidaan untuk nombor plat berkenaan dibuka secara rasmi mulai hari ini.


Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, Mohd. Zawawi Zakaria berkata, selebriti terkemuka tanah air, bintang sukan serta selebriti kosmetik merupakan antara individu yang membuat bidaan untuk nombor plat tersebut.


Menurutnya, pemilik nombor pendaftaran AKU 8055 akan diketahui selepas tarikh tutup bidaan 18 Julai ini.


“Pertanyaan untuk nombor plat AKU 8055 ini sudah kita terima sejak tahun lepas lagi. Nombor ini popular kerana ia mempunyai sebutan iaitu AKU BOSS.


“Kita jangkakan nombor pendaftaran ini akan mendapat bidaan tertinggi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.


Setakat ini nombor plat kenderaan termahal di Perak ialah AKK 1 yang dibida pada harga RM288,000 tahun lalu.

- UTUSAN ONLINE