MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Perak

RM3.5 juta untuk AKU

NILAI bidaan plat kenderaan siri AKU dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak sebanyak RM3.5 juta antara tertinggi bagi siri plat kenderaan di negeri itu.

Pengarah JPJ negeri, Mohd Zawawi Zakaria berkata, bidaan paling tinggi adalah AKU 1 dengan nilai RM207,898.

Beliau berkata, dua nombor popular iaitu AKU 8055 dan AKU 805 masing-masing dengan nilai bidaan tertinggi RM74,000 dan RM28,000.

Katanya, kedua-dua nombor itu popular kerana dikaitkan dengan maksud 'aku boss'dan 'aku bos' dengan masing-masing 27 dan 18 pembida.

"Kebiasaannya permohonan tender bagi JPJ di negeri ini adalah 500 hingga 600 penyertaan tetapi bagi siri AKU permohonan bertambah enam kali ganda.

"Bagaimanapu, nombor plat 'AKU BOSS' iaitu AKU 8055 hanya mencatat nilai tertinggi RM74,000 berbanding jangkaan kita sebelum ini," katanya di Ipoh, hari ini.

Mohd Zawawi berkata, nombor terlaris lain dalam siri itu adalah AKU 1305 (49 pembida), AKU 89 (23 pembida), AKU 69 (21 pembida), AKU 2121 (20 pembida) dan AKU 4212 (19 pembida).

Katanya, keseluruhannya 3,315 pembida bagi siri AKU dan daripada jumlah itu 3,076 permohonan sahaja yang dinilai, manakala baki 239 dalam kategori tidak cukup syarat atau tidak lengkap.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro