MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Perak

Tolak PAS, tolak ‘cash is king’ - Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad menulis surat terbuka kepada pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan megundi Sabtu ini, dengan menggsa mereka memberikan isyarat kepada Datuk Seri Najib Razak bahawa rakyat menolak “cash is king” (duit itu raja).

“Dato’ Najib dan calon-calonnya perlu ditolak supaya dia tidak boleh dakwa rakyat sokong ‘cash is king’ rasuah amalannya,” tulis bekas perdana menteri itu dalam surat 14 perenggan seperti dipetik portal berita milik Amanah, Malaysia Dateline.

Ungkapan “cash is king” didakwa digunakan Najib bagi menjelaskan pemberian bantuan tunai kepada rakyat di musim mengundi.

Surat bertarikh 13 Jun 2016 itu turut menyeru agar calon Pas ditolak kerana presiden Pas sudah menjadi “ayam sabung” Najib.

“Pas berkata mereka tidak mahu bersama di dalam gerakan menjatuhkan Dato’ Najib kerana mereka lebih fokus untuk menjatuhkan Umno dan BN. Jikalau Pas menang pun Umno dan BN tidak akan jatuh.

“Pendirian Pas dan Haji Hadi menyokong Dato’ Najib adalah bagi menghalalkan rasuah dan penipuan yang dilakukan oleh Dato’ Najib melalui 1MDB,” kata Dr Mahathir.

Dan kepada penyokong dan ahli Umno, Dr Mahathir berkata ini masanya menunjukkan betapa Najib menghancurkan Umno dan memastikan presiden Umno di masa depan tidak akan mengulangi perbuatan sama.

“Jika masih sayang Umno kalahkan calon Najib. Penolakan Najib akan menjadi amaran kepada pemimpin selepasnya, sama ada dari Umno/BN atau parti-parti lain, bahawa jika mereka berperangai seperti Najib, mereka akan menghadapi kemarahan rakyat dan akan menerima nasib yang sama.”

- freemalaysiatoday