MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Perak

Usah gentar: Bakar

PEMAIN Perak (jersi kuning) perlu tenang lawan Johor DT.


 

Ipoh: Jurulatih Perak Abu Bakar Fadzim menuntut aksi luar biasa anak buahnya apabila turun bertemu Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, malam ini.

Walaupun sedar tugas perit dan sukar menanti, beliau tetap bersikap tenang dan menyedari apa saja boleh berlaku dalam bola sepak.

Hakikat pemain Perak juga menunjukkan peningkatan sejak mengambil alih tugas mengendalikan pasukan bermula perlawanan menentang Terengganu minggu lalu, membuatkan beliau yakin The Bos Gaurus mampu memberi tentangan habis-habisan.

“Johor DT belum pernah kalah dalam sembilan perlawanan di tempat sendiri. Jadi tugas kami memang berat malam ini. Tapi jika pemain bermain sebagai satu tenaga dengan bersepadu dan mengikut disiplin taktikal, saya yakin kami boleh berjaya,” katanya.

Walaupun bertandang ke Larkin tanpa empat tonggak Idris Ahmad serta tiga awang import, Namkung Woong, Charles Souza Chad dan Horace James, jurulatih itu yakin mereka mempunyai barisan tenaga pemain tempatan yang bersedia berjuang.

“Saya tidak bercadang melakukan sebarang rombakan berikutan kejayaan kami mengikat Pahang, Sabtu lalu.

“Jika mampu mengulangi aksi seperti itu, mungkin kami boleh lakukan satu lagi kejutan,” katanya.

Menurut Bakar permainan mereka menunjukkan perubahan sejak beliau melakukan rombakan dan menurunkan gandingan baru dalam tiga perlawanan.

Perak menghadapi lima pasukan teratas liga membabitkan Terengganu, FELDA United, Pahang dan Johor DT sebelum melengkapkan jadual bertemu Selangor di Ipoh, Sabtu ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Source Mymetro