MALAYSIA  
 
Enter your keywords:
State Perak

Promo Ad 1

Hutan Belum: Hutan Hujan Tropika

Luas kawasan bagi hutan simpanan ini dilaporkan meliputi seluas 290, 000 hektar. Hutan Belum ini dibahagikan kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian atas hutan belum ini ditutupi oleh 117, 500 hektar kawasan hutan yang tebal dan memasuki sempadan Thailand-Malaysia. Kawasan hutan yang luas ini boleh dianggap seperti tembok semulajadi dan "gazette" sebagai zon keselamatan/ selamat. Taman simpanan Belum dan Temenggor dibiarkan tumbuh meliar kerana Kerajaan Perak telah memutuskan untuk mengekalkan kawasan tersebut sebagai simpanan semulajadi bagi tujuan penyelidikan. Bahagian atas hutan belum merupakan 90% yang belum diteroka manakala bahagian bawah umumnya dilitupi oleh hutan sekunder. Memang merupakan kawasan yang amat luas untuk menjalankan penyelidikan

Kebanyakan ubat-ubatan yang diluluskan telah diambil dan diproses dari herba-herba dan tumbuhan-tumbuhan. Penyelidik dari serata dunia sedang bertungkus-lumus untuk mencari penawar bagi penyakit seperti:

Kanser, alzheimer, parkinson, meningtis, dan sebagainya.

Mereka percaya bahawa cecair penawar itu terletak di dalam tumbuh-tumbuhan hutan hujan tropika. Tetapi, hutan hujan tropika sedang diteroka dengan kadar yang sangat mengejutkan, kita mungkin suatu hari akan menghapuskan hutan yang indah ini dan sekaligus memusahkan segala penawar yang diharapkan dapat mengubati pelbagai penyakit.

Hutan Belum dibuka untuk pengurusan taman eko-tourism:

Terletak di utara hujung Perak, pelancaran taman royal belum menandakan "major milestone" dalam pemuliharaan sejarah negara. Sebagai taman terakhir di semananjung yang akan dibuka kepada umum untuk pelancongan, rancangan pengurusan taman secara terperinci menjadi isu yang amat penting, TAN CHENG LI menulis.Artikel diterbitkan dalam the star, 9 september 2003. Belum, belum, beluuuummm! ini merupakan bunyi yang dihasilkan oleh belalang besar yang menghuni hutan ini. Oleh itu, hutan ini telah diberi nama Belum.